Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratu Sofya mahu buang imej pelakon remaja

    Enggan terus dipandang sebagai pelakon remaja Indonesia, Ratu Sofya sanggup mencabar diri membawa watak berbeza dalam filem terbaharunya berjudul Dosa.

    Bukan sahaja memegang peranan sebagai isteri, malah watak Sofya, 20, dalam filem berkenaan juga memerlukan dia melakukan aksi intim.

    Memetik laporan mStar, baginya melakonkan babak tersebut dapat mengubah persepsi penonton terhadap bakatnya sebagai seorang anak seni.

    “Karakter ini belum pernah saya bawakan. Orang kenal Ray Sofya sebagai seorang pelakon remaja tetapi kali ini benar-benar berbeza.

    “Saya terima dengan hati terbuka jika penonton mengatakan saya sudah berubah dan berani ambil watak tersebut.

    “Saya tidak mahu terus berada di tahap yang sama, perlu mencari kelainan,” katanya.

    Walaupun pada awalnya berat hati melakukan babak tersebut, Sofya percaya dengan teknik kamera dapat menghidupkan babak berkenaan tanpa perlu berlebihan di set penggambaran.

    “Saya juga bimbang akan dimarahi ayah namun dia tidak ada masalah untuk saya terima watak ini. Rugi sekiranya saya menolak tawaran berlakon dengan jalan cerita yang hebat,” jelasnya. – Agensi

    Sofya berani sahut cabaran watak lebih matang. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda