Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Ratusan bomba dikerah padam kebakaran

    LARACHE, MAGHRIBI, 15 JULAI – Ratusan anggota bomba dan tentera Maghribi kelmarin bertungkus-lumus memadamkan sekurang-kurangnya empat kejadian kebakaran yang memusnahkan kawasan perhutanan di utara negara itu, kata pegawai.

    Kebakaran itu, diburukkan lagi oleh angin kencang di empat buah kawasan, tidak mengakibatkan sebarang kematian setakat ini, namun hampir 500 buah keluarga telah dipindahkan ‘sebagai langkah berjaga-jaga’ di wilayah Larache dan Taza, menurut kenyataan rasmi.

    Beberapa buah kampung telah dia-rahkan dikosongkan dan pesawat tentera menyimbah air untuk memadamkan kebakaran yang merebak di seluruh kawasan kering, kata wartawan AFP.

    Dikejutkan oleh kebakaran yang merebak dengan pantas itu, penduduk meninggalkan kediaman mereka, dengan beberapa buah keluarga yang menggembala lembu dan kuda – yang mana ia adalah sumber mata pencarian mereka – terpaksa meninggalkan haiwan peliharaan mereka.

    “Saya bersama dengan keluarga dan pada satu ketika, kami terdengar jeritan, ‘api! api!’, kata Samir Boundad dari Larache.

    “Kami melarikan diri dan mujurlah api marah itu bergerak ke kawasan pergunungan,” katanya.

    Sementara itu, sebuah perkam-pungan di wilayah Ksar El Kebir musnah dalam kebakaran. – AFP

    Anggota bomba dan penyelamat berusaha untuk memadamkan kebakaran di sebuah perkampungan di wilayah utara Ksar Sghir, Maghribi. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...