Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ratusan cucuk sate daging anjing dirampas di Bali

    JAKARTA, 26 JULAI – Pegawai penguat kuasa awam di Bali telah merampas ratusan cucuk sate daging anjing dan puluhan kilogram daging anjing mentah di pulau peranginan tersebut, di mana perdagangan daging anjing adalah haram, kata pihak berkuasa, kelmarin.

    Pusat pelancongan itu telah mengharamkan perdagangan daging anjing tahun lepas, dengan pesalah menghadapi hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda sehingga AS$3,064 jika didapati bersalah.

    Bagaimanapun, perdagangan itu masih wujud di beberapa bahagian lain negara tersebut.

    Semasa pemeriksaan yang dijalankan minggu ini, pihak berkuasa menemui tiga penjual daging anjing yang masih menjalankan aktiviti mereka dan melanggar peraturan tempatan, kata Ketua Agensi Ketenteraman Awam

    Bali, Dewa Nyoman Rai Dharmadi kepada AFP.

    Mereka merampas 500 cucuk sate daging anjing daripada seorang penjual di daerah Jembrana dan 56 kilogram daging anjing mentah daripada seorang lagi penjual di daerah yang sama.

    Penjual sate anjing itu hanya diberi amaran kerana dia belum pernah ditangkap berdagang sebelum ini, manakala dua penjual lain dianggap pesalah berulang telah didakwa dengan kesalahan jenayah kecil di mahkamah tempatan.

    Pihak berkuasa hanya meneruskan kes jenayah kecil untuk pesalah berulang kerana mereka mahu memberi peluang kepada penjual daging anjing untuk mengubah perniagaan mereka, kata Dewa.

    “Kami tidak akan mengambil tindakan undang-undang secara mengejut, tetapi kami memberi mereka peluang untuk mengetahui larangan tersebut dan mengapa ia diharamkan,” kata Dewa. – AFP

    Gambar Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda