Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Riadah erat silaturahim, kukuh syiar Islam

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Bersempena Sambutan ke-66 Tahun Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, ahli jawatankuasa takmir masjid serta belia dan beliawanis Syababus Salam Masjid Omar ‘Ali Saifuddien telah mengadakan Riadah 66 Tahun Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Awang Lawi bin Haji Lamat.

    Antara lain tujuan riadah berkenaan adalah untuk mengembang luaskan syiar Islam dan dakwah sesuai dengan fungsi masjid di zaman Rasullullah SAW iaitu menjadikan masjid bukan sahaja sebagai tempat ibadah malahan tempat penyatuan umat Islam dalam aktiviti keagamaan, sosial, budaya dan kerohanian.

    Di samping itu, ia juga untuk mengeratkan lagi silaturahim antara ahli jawatankuasa takmir masjid, muslimah, belia dan beliawanis masjid serta orang ramai selain mengimarahkan masjid dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

    Yang Berhormat Awang Lawi semasa menyertai riadah sempena Sambutan ke-66 Tahun Masjid Omar ‘Ali Saifuddien di ibu negara. – GAMBAR SERAHAN JHEM
    GAMBAR SERAHAN JHEM

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda