Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ribut Bora landa Greece, dua maut

    ATHENS, 1 DIS – Ribut Bora yang melanda Greece kelmarin telah meragut dua nyawa di Pulau Lemnos serta menyebabkan kerosakan pada jalan raya dan bangunan di Rhodes, lapor pihak berkuasa hari ini.

    Ribut tersebut dijangka membawa salji lebat ke utara dan barat laut Greece. Kelmarin, perkhidmatan perlindungan awam mengeluarkan amaran kecemasan mengenai hujan lebat dan angin kencang di timur laut, pusat dan kawasan sekitar Athens.

    Di Pulau Rhodes, yang terkenal dengan industri pelancongan, ribut tersebut menyebabkan kerosakan pada jalan raya, rumah dan bangunan komersial antara kelmarin malam hingga pagi tadi, menurut gabenor wilayah George Hadjimarkos. Dia menyatakan bahawa beberapa orang telah dipindahkan ke tempat yang lebih selamat.

    Pihak berkuasa menggesa penduduk untuk kekal di rumah dan telah menghentikan semua lalu lintas sementara perkhidmatan kecemasan diletakkan dalam keadaan siap sedia secara maksimum.

    Di Lemnos, dua lelaki berusia 57 dan 70 tahun maut dalam kemalangan, seorang ketika menarik keretanya keluar dari lumpur, manakala seorang lagi terjatuh di luar rumahnya.

    Stesen televisyen negara, ERT, menyiarkan gambar ladang yang ditenggelami air di pulau tersebut yang majoritinya bergantung kepada pertanian. – Xinhua

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda