Sunday, May 12, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Ribut di Filipina, 11 maut

    MANILA, 10 JAN – Sekurang-kurangnya 11 orang maut dalam ribut yang melanda Filipina sejak minggu lalu, dengan lebih banyak hujan lebat diramal akan turun di negara yang terdedah kepada bencana alam itu, menurut pihak berkuasa kelmarin.

    Cuaca buruk telah menyelubungi bahagian selatan dan kepulauan tengah negara itu sejak hujung minggu Krismas lalu apabila hujan lebat berterusan telah menyebabkan banjir dan tanah susur yang meragut 52 nyawa serta memaksa beratus-ratus ribu yang lain meninggalkan rumah mereka.

    Sejak 3 Januari, ribut berterusan telah mengorbankan 11 orang setelah air membanjiri rumah-rumah, memutuskan laluan jalan raya dan menenggelamkan tanaman, menurut pejabat pertahanan awam. Peramal cuaca kebangsaan kelmarin mengeluarkan amaran ‘banjir besar’ di kawasan tanah rendah dan tanah susur di kawasan pergunungan di kepulauan tengah Samar.

    Hujan lebat telah pun menenggelamkan kawasan perkampungan, dengan paras air mencecah tiga meter di beberapa tempat.

    “Setakat ini, seorang mangsa telah hilang dan lebih daripada 2,200 orang penduduk telah dipindahkan daripada rumah mereka,” kata Josh Echano, pegawai pengurusan bencana di wilayah utara Samar.

    Bilangan penduduk yang dipindahkan dijangka akan bertambah lagi. – AFP

    Gambar yang diambil daripada Pejabat Penerangan Awam Jipapad yang dikeluarkan pada 10 Januari menunjukkan seorang penduduk menaiki perahu di sekitar bangunan sekolah yang ditenggelami air di bandar Jipapad, wilayah timur Samar. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...