Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rose Blackpink, Cha Eun Woo bercinta?

    Ahli kumpulan Blackpink iaitu Rose dikhabarkan sedang hangat bercinta bersama pelakon dan penyanyi Cha Eun Woo.

    Percintaan mereka mula dihidu peminat apabila pasangan berkenaan kerap berkongsi beberapa hantaran sama di laman Instagram.

    Meskipun tidak berkongsi secara jelas, namun peminat menyedari pasangan berkenaan sentiasa berada di lokasi sama pada waktu yang sama.

    Tidak hanya itu, Eun Woo juga dilihat menghadiri after party Blackpink selepas kumpulan itu melakukan persembahan di Coachella sekitar tahun 2023 lalu.

    Memetik laporan mStar, kali terakhir pasangan itu dilihat bersama sekitar April lalu apabila mereka memuat naik video di sebuah galeri seni di Jepun.

    Bagaimanapun sehingga kini peminat masih belum menemui foto mereka berdua.

    Rata-rata peminat berpendapat pasangan berkenaan bijak menyembunyikan hubungan mereka.

    Kedua-dua penyanyi itu dikatakan mula menjalinkan hubungan secara senyap sejak 2022 dan mengunci mulut sehingga kini.

    Malah pihak agensi mereka juga enggan mengulas mengenai hubungan selebriti mereka. – Agensi

    Rose dan Eun Woo masih mengunci mulut mengenai hubungan mereka. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda