Friday, May 17, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Lisa Blackpink tak sorok hubungan dengan bos Tag Heuer

    Sejak khabar angin hubungan cinta di antara anggota Blackpink iaitu Lisa dan Frederic Arnault tersebar, segala gerak geri pasangan berkenaan sering menjadi bualan ramai, lapor mStar.

    Terbaharu, seorang peminat mendakwa melihat Lisa, 27, dan Frederic, 29, bersama-sama melawat sebuah muzium seni di Paris pada minggu lepas.

    Dakwaan berkenaan dikuatkan lagi apabila sebuah foto mirip penyanyi itu sedang menikmati ais krim bersama seorang lelaki tular di media sosial.

    Lisa dilihat bersiar-siar dengan seorang lelaki tinggi lampai yang dipercayai Frederic di sebuah taman berdekatan muzium tersebut. Menurut peminat berkenaan, pasangan tersebut dilihat sangat tenang menikmati percutian tanpa menyorokkan identiti mereka.

    Lisa turut dilihat selesa bersama Frederic membuatkan mereka nampak seperti pasangan normal yang lain.

    “Selebriti Korea sangat relaks ketika bercuti di Eropah, tak perlu pakai kaca mata dan tiada juga yang mengganggu.

    “Kedua-dua mereka nampak macam pasangan normal lain, saya sangat suka lihat interaksi mereka,” katanya dalam satu hantaran di SNS.

    Ini bukanlah kali pertama pasangan ini tampil di khalayak ramai, mereka pernah ditangkap menikmati makan malam bersama di sebuah restoran.

    Bukan itu sahaja, Frederic yang juga bos jenama Tag Heuer dilaporkan menghadiri persembahan istimewa Lisa di sebuah kelab pada September tahun lalu. – Agensi

    Lisa dan Frederic dilihat bersiar-siar bersama di Paris. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    12 terbunuh dipancar kilat di India

    NEW DELHI, 17 MEI - Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera, kelmarin akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India,...