Monday, December 2, 2024
30.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rundingan perjanjian bendung plastik diteruskan

    BUSAN, 1 DIS – Dalam usaha merangka perjanjian dunia pertama untuk membendung pencemaran plastik para perwakilan mula menggesa sambungan rundingan hari ini, menuduh beberapa negara menghalang usaha mencapai persetujuan yang bercita-cita tinggi.

    Hampir 200 negara berkumpul di Busan, Korea Selatan, untuk rundingan yang dijangka menghasilkan perjanjian bersejarah selepas dua tahun perbincangan.

    Bagaimanapun, rundingan selama seminggu gagal menyelesaikan perbezaan besar antara negara ‘bercita-cita tinggi’ yang menginginkan perjanjian global mengikat bagi menghadkan pengeluaran plastik dan menghentikan penggunaan bahan kimia berbahaya, dengan negara ‘sehaluan’ yang hanya mahu memberi tumpuan kepada pengurusan sisa plastik.

    Draf teks baharu, yang dikeluarkan hari ini selepas beberapa kali tertangguh, masih menyenaraikan pelbagai pilihan, mencerminkan perbezaan pendapat yang ketara.

    Perwakilan Jerman, Sebastian Unger, melahirkan kekecewaannya terhadap kurangnya kemajuan.

    Gambar AP

    “Teks ini perlu dikekalkan untuk meneruskan rundingan dan membawa proses ini ke mesyuarat akan datang,” katanya kepada AFP.

    Cheikh Sylla dari Senegal turut mencadangkan kemungkinan mengadakan mesyuarat ‘INC 5.2’ sebagai lanjutan kepada rundingan INC5 di Busan.

    “Jika awda bertanya kepada saya… kita hentikan dahulu, sesuaikan dokumen ini sebagaimana adanya dan cuba mengadakan sesi lain,” katanya kepada AFP.

    Langkah itu, akan memberikan masa “untuk merapatkan kedudukan dan pada sesi 5.2 ini, kita boleh mencapai perjanjian yang lebih seimbang,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda