Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Saintis pertama Malaysia di Antartika

    KOTA KINABALU, 10 MAC – Seorang penyelidik dari Sabah, Prof Dr Justin Sentian, menjadi saintis Malaysia yang pertama melaksanakan penyelidikan musim sejuk di Antartika.

    Mengucapkan tahniah kepada saintis kelahiran Ranau itu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata Justin berjaya mengharumkan nama Sabah dengan mengibarkan bendera negeri ini bersama-sama Jalur Gemilang sepanjang tempoh program penyelidikan selama enam bulan bermula 15 Mac ini di Stesen Pangkalan Profesor Julio Escudero di Pulau King George, Antartika.

    Beliau berkata saintis atmosfera kutub dari Fakulti Sains dan Sumber Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS) akan menjalankan penyelidikannya bertajuk ‘Variasi Ozon Troposfera dan Halokarbon di Semenanjung Antartika Dalam Keadaan Cuaca Melampau’.

    “Antartik adalah titik yang baik dan tepat untuk memerhatikan perubahan iklim antara lain. Penemuan perubahan kecil variasi di sana dalam keadaan awal boleh membawa kepada variasi berskala besar kepada dunia.

    “Kami mengucapkan selamat maju jaya untuk setiap usaha beliau,” katanya dalam kenyataan selepas  menyerahkan bendera Sabah kepada Justin di Menara Kinabalu, di sini. – Bernama

    Hajiji (kiri) menyampaikan bendera Sabah kepada Saintis Sabah, Prof Dr Justin Sentian ketika mengadakan kunjungan terhadap Ketua Menteri Sabah kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...