Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Selesema burung bunuh hampir 14,000 undan

    LIMA, 30 NOV – Virus selesema burung H5-N1 yang menular telah membunuh beribu-ribu undan spesies blue-footed boobies dan burung laut lain di Peru, menurut Perkhidmatan Perhutanan dan Hidupan Liar Negara (SERFOR).

    Wabak selesema burung itu bermula di Kanada dan merebak ke Amerika Syarikat (AS), yang telah mencatatkan kematian 50 juta burung, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS.

    Peru pertama kali mengeluarkan amaran kesihatan Khamis lalu selepas mengesahkan tiga kes H5B1 undan, dan sejak itu beribu-ribu undan telah ditemui mati di kawasan pantai.

    “Laporan rasmi terkini yang dijalankan pada peringkat kebangsaan menunjukkan lebih 13,869 burung laut liar telah mati akibat virus selesema burung H5N1 yang berbahaya,” kata kenyataan SERFOR yang dikeluarkan kelmarin.

    Jumlah tersebut termasuk 10,257 ekor burung undan, 2,919 ekor sea boobies dan 614 ekor blue-footed boobies.

    Sementara itu, agensi kesihatan pertanian kebangsaan SENASA berkata bandar Gallito di wilayah pantai utara Lambayeque telah dikuarantin untuk mengawal penularan wabak selesema burung pertama di ladang ayam.

    SENASA berkata amaran kesihatan itu adalah langkah berjaga-jaga kerana virus yang datang daripada burung migrasi Amerika Utara boleh merebak kepada haiwan ternakan seperti itik dan ayam, serta haiwan ternakan ladang komersial.

    Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (FAO) awal tahun ini mengingatkan negara di Amerika Selatan dan Tengah supaya berjaga-jaga mengenai penyebaran virus yang merebak melalui burung itu. – AFP

    Dua pekerja bandaran mengutip burung undan yang mati di Pantai Santa Maria di Lima, Peru. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    24 maut lebuh raya runtuh di selatan China

    BEIJING, 1 MEI - Sekurang-kurangnya 24 orang maut selepas sebahagian lebuh raya runtuh akibat hujan lebat di wilayah Guangdong, selatan China hari ini, kata...