Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Sistem 5 pemain ganti tingkat mutu bola sepak

    DOHA, 30 NOV – Bekas jurulatih AC Milan dan Jepun, Alberto Zaccheroni berkata pada Rabu, pelaksanaan lima pemain ganti telah ‘mengubah permainan’, meningkatkan kualiti perlawanan dalam Piala Dunia.

    Zaccheroni yang berada di Doha sebagai sebahagian daripada kumpulan teknikal FIFA yang bertanggungjawab menganalisis taktik dan trend dalam Piala Dunia, berkata perubahan tersebut adalah langkah bijak untuk mengelak kepenatan.

    “(Sekarang) kita berjaya mendapat permainan berkualiti tinggi sehingga ke minit-minit terakhir perlawanan,” katanya.

    Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa telah meluluskan pengecualian sementara pada Mei 2020 yang membenarkan liga domestik untuk mengembangkan jumlah maksimum pemain ganti dari tiga kepada lima, untuk membantu kebajikan pemain semasa pandemik COVID-19.

    Peraturan tersebut telah dikekalkan selama-lamanya pada Julai 2022 dan dilaksanakan buat pertama kali di Piala Dunia Qatar.

    Aksi Memphis Depay (kiri) ketika perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2022 antara Belanda dan Senegal di Stadium Al Thumama, Doha pada 21 November. – AP

    Zaccheroni – yang memenangi Scudetto pada musim pertama beliau mengambil alih Milan dan menjulang Piala Asia 2011 dengan Jepun – berkata perubahan tersebut memberikan kelebihan kepada skuad yang lebih kuat.

    “Jika awda mempunyai pasukan yang kuat, pemain ganti yang kuat, ia lebih baik,” katanya kepada AFP.

    “Jika awda mempunyai pemain yang berkualiti sama seperti yang berada di bangku simpanan, awda boleh menang.”

    Zaccheroni memberikan contoh perlawanan antara Belanda dan Senegal, di mana pemain ganti pada babak kedua, Davy Klaassen dan Memphis Depay bergabung untuk menghasilkan gol kemenangan pada masa kecederaan.

    “Pada babak kedua, Belanda memasukkan dua pemain tengah ke dalam padang. Pemain yang amat berkualiti, bergabung untuk menghasilkan gol. Mereka telah mengubah permainan.”

    Zaccheroni, menjadi jurulatih selama lebih empat dekad, berkata perubahan tersebut adalah bagus untuk peminat yang sukakan aksi-aksi mendebarkan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Empat kapal China didakwa masuk perairan larangan

    TAIPEI, 7 MEI - Taipei menggesa Beijing menghentikan tindakan yang membahayakan keselamatan susulan empat kapal pengawal pantai China belayar melalui perairan ‘terlarang’ Taiwan. China yang...