Tuesday, January 14, 2025
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Serba mewah, anggun, gilang-gemilang

    Gambar AP

    LONDON – Apa yang dipakai pada majlis pertabalan?

    Bagi kerabat diraja seperti Permaisuri Camilla dan Kate, Puteri Wales, temanya adalah pakaian warna pucat dan sederhana dan membiarkan jubah serba mewah mereka dan perhiasan bergemerlapan menonjol pada acara gemilang itu.

    Camilla, yang dinobatkan bersama Raja Charles III di Westminster Abbey pada Sabtu, memakai gaun sutera bersulam dalam warna gading, perak dan emas dengan leretan gaun pendek oleh Bruce Oldfield – seorang pereka British yang digemari oleh keluarga diraja dengan kasut yang sepadan.

    Kate memakai gaun krep sutera warna gading oleh rumah fesyen British Alexander McQueen di bawah mantel atau jubah Royal Victorian Order warna biru dan merah. Dia tidak memakai tiara, sebaliknya memilih hiasan kepala berwarna perak dan kristal yang direka oleh pembuat topi wanita, Jess Collett dengan kerjasama McQueen.

    Dia juga memakai anting-anting mutiara dan berlian milik mendiang ibu William, Puteri Diana.

    Raja Charles III dan Permaisuri Camilla tiba di balkoni Istana Buckingham selepas majlis pertabalan mereka di London pada 6 Mei.
    Wanita Pertama AS, Jill Biden dan cucu Finnegan tiba di Westminster Abbey sebelum pertabalan Raja Charles III dan Camilla di London.
    YDPP Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan ke Istiadat Pertabalan Raja Charles lll. – Bernama
    Raja Sepanyol Felipe dan Permaisuri Letizia hadir pada majlis pertabalan berkenaan.
    Puteri Wales, Kate, Puteri Charlotte dan Putera Louis semasa majlis pertabalan Raja Charles III.
    Puteri Liechtenstein Sophie dan Putera Alois semasa tiba pada majlis pertabalan.
    Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Brigitte Macron.
    Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau dan isteri Sophie.
    Raja Vajiralongkorn dan Permaisuri Suthida tiba di Westminster Abbey.
    Penyanyi Katy Perry meninggalkan Westmisnter Abbey selepas majlis pertabalan Raja Charles III dan Permaisuri Camilla di London.
    Permaisuri Rania dari Jordan tiba di Westminster Abbey.

    Anak perempuannya yang berusia 8 tahun, Puteri Charlotte, memakai hiasan kepala serupa dan gaun dengan mantel warna gading rekaan McQueen , bersulam dengan motif bunga mawar, thistle, dafodil dan shamrock bagi mewakili empat negara di United Kingdom.

    Ramai tetamu memilih busana pastel yang menarik perhatian yang memberikan warna ceria dalam cuaca hujan basah.

    Wanita pertama Amerika Syarikat, Jill Biden memakai sut skirt biru bunga jagung oleh Ralph Lauren, dengan potongan rambut dan sarung tangan yang sepadan. Dia muncul bersama cucunya Finnegan Biden, yang memakai gaun kuning dengan jubah sedondon oleh label New York Markarian.

    Merah jambu menjadi pilihan yang amat popular bagi kebanyakan orang. Brigitte Macron dari Perancis memilih gaun pendek merah jambu pucat dipadankan bersama kot, oleh pereka Nicolas Ghesquiere untuk Louis Vuitton. Ratu Sepanyol, Letizia juga memilih warna merah jambu, memakai sut skirt dengan ropol peplum, kasut tumit warna yang sama dan topi besar penuh gaya.

    Bintang pop Katy Perry, yang mengadakan persembahan di konsert pertabalan pada Ahad, memakai jaket Vivienne Westwood dengan skirt mengikut potongan badan. Dia melengkapkan gaya tersebut dengan hiasan kepala yang menampilkan alas crinoline dengan lapisan kain tulle dan vel korset, dihiasi dengan reben.

    Ahli parlimen Britain, Penny Mordaunt, yang membawa ‘pedang negara’ semasa upacara pertabalan, mencuri perhatian dengan gaun mantel biru tua yang menarik dan topi bersulam pakis emas.

    Putera Harry, yang menghadiri majlis itu tanpa isterinya, Meghan, memakai sut tiga set warna hitam dan kelabu oleh Dior. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda