Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Shanghai pindahkan ratusan ribu penduduk akibat Taufan Pulasan

    SHANGHAI, 20 SEPT – Shanghai memin-dahkan 112,000 penduduk setakat pagi hari ini susulan beberapa bahagian bandar itu dilanda hujan lebat akibat Taufan Pulasan, lapor Xinhua.

    Menurut pejabat kawalan banjir perbandaran, sebanyak 54 perkhidmatan kereta api digantung dan operasi 26 feri dihentikan.

    Hujan melanda seluruh Shanghai sejak 2 pagi hari ini, dengan purata taburan hujan di bandar itu mencapai 73.28 milimeter (mm) setakat jam 9 pagi waktu tempatan.

    Sebanyak 151 daripada 614 stesen cuaca merekodkan hujan lebat atau melampau.

    Stesen meteorologi Yangjiazhai di daerah Fengxian dan stesen meteorologi Taman Nicheng di daerah Pudong merekodkan bacaan lebih 300 mm hujan dalam tempoh enam jam.

    Pulasan, taufan ke-14 tahun ini melanda Fengxian, Shanghai sekitar jam 9:45 malam kelmarin, selepas pendaratan pertama di Wilayah Zhejiang pada hari yang sama. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda