Wednesday, October 30, 2024
29 C
Brunei

    Berita Terkini

    Simon bidas kenyataan Mbappe

    DONAUESCHINGEN, 17 JUN – Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon mencadangkan hari ini bahawa kapten Perancis, Kylian Mbappe tidak layak untuk bersuara ‘menentang idea yang ekstrem dan memecah-belahkan’ menjelang pilihan raya umum di Perancis.

    Mbappe, yang baru-baru ini menandatangani kontrak dengan Real Madrid, kelmarin berkata pilihan raya parlimen mengejut yang dijadualkan pada Jun dan Julai datang pada ‘saat genting’ dalam sejarah Perancis.

    Mbappe mempertahankan komen yang dibuat oleh rakan senegaranya, Marcus Thuram, dengan mengatakan bahawa penyerang Inter Milan itu ‘tidak melampaui batas’ dalam menyeru negara itu ‘untuk berjuang setiap hari bagi menghentikan’ kemenangan parti sayap kanan, Perhimpunan Nasional (RN) dalam pilihan raya tersebut.

    Bagaimanapun, apabila ditanya mengenai komen Mbappe, penjaga gol pilihan utama Sepanyol, Simon berkata pemain terlalu kerap memberikan pendapat mereka mengenai topik seperti politik.

    “Kylian adalah seseorang yang mempunyai pengaruh yang besar di dunia, dalam masyarakat,” kata Simon dalam satu sidang akhbar.

    “Akhirnya ia adalah topik politik. Saya rasa kita kadang-kadang terlalu cenderung untuk memberikan pendapat terlalu banyak mengenai topik tertentu sedangkan saya tidak tahu sama ada kita patut atau tidak, saya tidak tahu sama ada kita patut melakukan perkara ini.

    “Saya di sini, sebagai seorang pemain bola sepak, saya memberikan tumpuan kepada bola sepak, satu-satunya perkara yang sepatutnya saya bincangkan di sini dengan awda ialah topik sukan, dan meninggalkan politik kepada organisasi dan orang lain.” – AFP

    Simon bercakap pada sidang akhbar di pusat media di Donaueschingen, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda