Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Sirap ubat akibatkan kematian tidak berdaftar di Malaysia

    KUALA LUMPUR, 24 OKT – Lima produk sirap ubat yang dikaitkan dengan kematian kanak-kanak di Indonesia tidak berdaftar di Malaysia, menurut Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Norhaliza A Halim.

    Beliau berkata semakan ke atas laman sesawang Badan Pengawas Obat dan Makanan-Republik Indonesia mendapati produk tersebut ialah Termorex Sirup, Flurin DMP Sirup, Unibebi Cough Sirup, Unibebi Demam Sirup dan Unibebi Demam Drops yang dikesan mengandungi ethylene gycol melebihi had dibenarkan.

    ”Semakan ke atas pangkalan data produk berdaftar Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM mendapati bahawa kelima-lima produk tersebut tidak berdaftar di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Menurutnya, NPRA akan menjalankan pemantauan secara berterusan bagi memastikan kualiti, keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan terjamin. Pihak KKM akan memaklumkan perkembangan kepada orang ramai dari semasa ke semasa, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jeremiah Manele dipilih sebagai PM baharu Kepulauan Solomon

    HONIARA, 2 MEI - Menteri Luar Jeremiah Manele dipilih sebagai Perdana Menteri baharu Kepulauan Solomon oleh ahli Parlimen negara itu pada Khamis, umum Gabenor...