Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Mesir arahkan pembebasan bekas ahli parlimen

    CAIRO, 24 OKT – Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi telah mengampuni seorang bekas ahli parlimen, peguam dan aktivis utama dalam pemberontakan 2011 yang telah dipenjarakan sejak tiga tahun lalu, kata pegawai semalam.

    Zyad el-Elaimy, 42, ditahan pada Jun 2019 atas tuduhan mencetuskan ‘kekacauan terhadap negara’, dijatuhi hukuman penjara setahun pada Mac 2020 kerana ‘menyebarkan berita palsu selepas temu bual dengan BBC.

    “Pengampunan presiden telah diberikan” untuk Elaimy, kata peguam Tariq Al-Awadi, ahli jawatankuasa pengampunan, di media sosial.

    Ikram el-Elaimy, ibu kepada aktivis itu, berkata dia belum dimaklumkan secara rasmi mengenai pengampunan tersebut.

    Dia merupakan beberapa banduan terbaharu yang telah diampunkan, dengan pembebasannya diperintahkan ketika Mesir bersedia untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak iklim COP27 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bulan depan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...