Saturday, September 28, 2024
30.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Siri original Disney+, Gangnam B-Side umum tarikh tayangan

    Siri original Disney+ yang dinanti-nantikan, Gangnam B-Side, telah mengumumkan tarikh tayangan rasminya dan memperkenalkan sebuah teaser yang mengujakan.

    Gangnam B-Side merupakan sebuah drama jenayah yang mengikuti perjalanan seorang detektif, pendakwa raya dan seorang broker misteri, masing-masing menyiasat petunjuk dalam kes yang tersembunyi di sebalik Gangnam. Misi mereka adalah untuk mencari seorang ace kelab yang hilang, Jae Hee.

    Siri tersebut diarahkan oleh Park Nu Ri, yang sebelum ini mengarahkan filem terkenal Money dan menampilkan barisan pelakon seperti Jo Woo Jin, Ji Chang Wook, Ha Yun Kyung dan BIBI.

    Memetik kenyataan Soompi, teaser terbaharu yang dilancarkan memperlihatkan kontras di antara suasana siang dan malam di Gangnam, menarik perhatian penonton dengan frasa, ‘Dunia mereka di bawah dunia kita’.

    Paparan dramatik itu mencetuskan rasa ingin tahu tentang dunia gelap yang wujud di sebalik kemewahan Gangnam.

    Siri itu dijangka akan memberikan pengalaman yang mendalam dengan jalan cerita yang penuh dengan ketegangan dan plot yang tidak dapat diduga. – Agensi

    Barisan pelakon utama siri Gangnam B-Side, Woo Jin, Chang Wook, dan Yun Kyung. – Soompi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda