Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Solanke teruja selepas menanti tujuh tahun

    LONDON, 9 OKT – Dominic Solanke berkata dia tidak pernah berputus asa untuk menyarung jersi England sekali lagi ketika dia bersiap sedia bagi kemungkinan beraksi buat kali kedua selepas penampilan sulung tujuh tahun lalu.

    Satu-satunya penampilan penyerang itu bersama England hadir sebagai pemain gantian menentang Brazil pada tahun 2017, tetapi pemain berusia 27 tahun itu menarik minat pengurus sementara Lee Carsley selepas persembahan baik pada awal musim.

    England akan berdepan Greece di Wembley bagi aksi Liga Negara-Negara awal pagi Jumaat sebelum berkunjung ke Helsinki untuk berdepan Finland tiga hari kemudian.

    Solanke, yang menyertai Tottenham dari Bournemouth Ogos lalu, berkata penampilan sulungnya di peringkat antarabangsa menentang Brazil satu daripada “pencapaian terhebat karier saya.”

    “Sejak muda, awda hanya mahu bermain bola sepak, dan awda hanya mahu berjaya.

    Gambar AP

    Tetapi bermain untuk mewakili negara adalah berada di satu tahap lain,” katanya semalam.

    “Saya bekerja keras untuk kembali ke detik ini,” katanya.

    “Jelas sekali saya melakukan penampilan sulung lama dulu. Ia satu perjalanan untuk kembali ke sini, ia satu perasaan hebat,” tambahnya.

    Bekas pemain Liverpool itu berkata dia sering kali percaya masanya akan tiba juga. “Saya tidak fikir ia sudah berakhir,” katanya.

    “Ia satu hakikat untuk terus melakukan apa yang saya lakukan dan kekal beraksi baik serta menjaringkan gol. Saya sering percaya saya akan kembali ke sini. Saya bersyukur untuk kembali ke sini dan harapnya saya boleh kekal lama di sini,” kongsinya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda