Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Spare rekod jualan tertinggi

    LONDON, 12 JAN – Edisi bahasa Inggeris memoir Putera Harry yang telah mencetuskan kontroversi, terjual lebih 1.4 juta naskhah pada hari pertama berada di pasaran, lapor agensi akhbar Jerman (DPA).

    Baru-baru ini, Penguin Random House yang menerbitkan autobiografi bertajuk ‘Spare’ itu telah melaporkan jumlah jualan paling banyak pada hari pertama berbanding mana-mana buku bukan fiksyen yang penah diterbitkan oleh syarikat itu.

    Menurut penerbit itu, ‘Spare’ edisi Bahasa Inggeris terjual lebih 1,430,000 unit dalam semua format dan edisi di Amerika Syarikat, Kanada dan Britain pada 10 Januari.

    Bercakap mengenai rekod jualan, presiden dan penerbit Random House Group, Gina Centrello berkata, “Walaupun banyak buku oleh tokoh masyarakat boleh dikategorikan sebagai memoir selebriti, ‘Spare’ lain daripada yang lain.

    “Tulus ikhlas, berani dan mesra, ‘Spare’ melambangkan kisah seseorang yang pada sangkaan kita mungkin sudah mengenalinya, tetapi kini kita dapat benar-benar mengenali Putera Harry melalui luahannya sendiri.

    “Melihat kepada penjualan luar biasa pada hari pertama, pembaca jelas bersetuju, ‘Spare’ sebuah buku yang perlu dibaca dan kami bangga dapat menerbitkan buku ini.”

    ‘Spare’ telah diterbitkan di seluruh dunia dalam 16 bahasa dan dikeluarkan secara serentak dalam format cetak dan digital di Amerika Utara oleh

    Random House US serta Random House Canada dan di Britain oleh Transworld.

    Di Britain, buku itu ia dijual pada harga £14 (AS$16) manakala di Waterstones dan WH Smith serta dalam talian di Amazon ia dijual pada harga £28. – Bernama

    Spare boleh didapati di kedai buku Barnes & Noble di New York City. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...