Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    S’pura luluskan rawatan oral pertama untuk COVID-19

    SINGAPURA, 3 FEB – Singapura meluluskan Paxlovid Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan COVID-19 dengan gejala ringan hingga sederhana bagi pesakit dewasa yang berisiko tinggi, bertujuan mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian.

    Di laman webnya hari ini, Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA) republik itu berkata ia pada 31 Januari memberikan kebenaran sementara untuk Paxlovid, gabungan dua ubat, nirmatrelvir (ubat antivirus) dan ritonavir (bagi mengekalkan paras darah nirmatrelvir untuk keberkesanan antivirus).

    “Paxlovid perlu diambil dua kali sehari selama lima hari, dan rawatan harus dimulakan secepat mungkin selepas diagnosis dilakukan, dalam tempoh lima hari daripada permulaan simptom COVID-19,” kata HSA.

    “Ia akan ditentu dan diutamakan kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap penyakit COVID-19 yang teruk, seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan,” katanya sambil menambah bahawa data keselamatan menunjukkan PAXLOVIDTM tidak memudaratkan dan laporan kesan sampingan buruk dalam kajian klinikal secara amnya rendah.

    Kelulusan itu dibuat di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) dan setelah berunding dengan Jawatankuasa Penasihat Ubat-ubatan HSA. – Bernama

    Singapura telah meluluskan Paxlovid Pfizer sebagai ubat pil pertama untuk rawatan COVID-19 bagi mengurangkan risiko kemasukan ke hospital.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...