Sunday, May 12, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    SR YSHHB raikan 45 pelajar PSR

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Seramai 45 orang pelajar Sekolah Rendah Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SR YSHHB) yang telah berjaya memperolehi 5A dalam Penilaian Sekolah Rendah (PSR) 2023 telah diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang PSR Tahun 6 sekolah berkenaan, hari ini.

    Majlis telah diadakan di Dewan SR YSHHB di mana hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang diraikan ialah Penolong Pengarah Urusan YSHHB, Awang Abdullah @Dollah bin Haji Ahad.

    Pengetua SR YSHHB, Hajah Mariam binti Haji Ladi, dalam ucapan alu-aluannya antara lain mengongsikan pencapaian pelajar Tahun 6 sekolah berkenaan.

    Selain itu, beliau turut mengucapkan penghargaan kepada ibu bapa serta penjaga atas dedikasi, komitmen dan sokongan yang telah diberikan sekali gus merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan anak mereka.

    Sementara itu, kepada guru-guru, beliau menyatakan bahawa kejayaan cemerlang yang diraih adalah bukti kejayaan mereka dalam memartabatkan profesion perguruan hingga mampu melahirkan modal insan yang berkualiti dengan kecemerlangan yang diimpikan.

    Dengan perkembangan dunia yang sentiasa berubah dan pelbagai cabaran baharu, beliau mengingatkan untuk sentiasa peka dan meneroka ilmu terkini, melakukan inovasi dan berusaha agar kompetensi pelajar setanding antarabangsa.

    “Untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang hendaklah sentiasa bersikap rajin berusaha dan tidak muda berputus asa,” jelasnya.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan kebudayaan daripada pelajar-pelajar sekolah berkenaan.

    Awang Abdullah hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...