Sunday, April 28, 2024
31.9 C
Brunei

    -

    Makanan bangas di gerai Ramadan

    Baru-baru ini, saya pergi di sebuah gerai Ramadan ingin membeli makanan untuk berbuka.

    Seperti biasa, apabila sudah berada di gerai bermacam-macam makanan yang menggiurkan.

    Sesudah berbuka, amat memeranjatkan dan menyedihkan penulis apabila ada makanan yang baru dibeli di gerai itu sudah basi seolah-olah makanan tersebut adalah lebihan makanan kelmarin yang dijual semula keesokannya. Ia merupakan satu perlakuan yang tidak bermoral.

    Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa tindakan menjual semula lebihan jualan hari sebelumnya di gerai Ramadan adalah satu pengkhianatan terhadap kepercayaan dan harapan pelanggan yang datang untuk mendapatkan makanan yang segar dan berkualiti.

    Ia juga merupakan satu bentuk penipuan yang tidak patut diterima dalam masyarakat.

    Saya berharap agar pihak berkuasa yang berkaitan dapat mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat dalam amalan yang tidak bermoral ini. Seterusnya, saya juga ingin mencadangkan agar pihak-pihak yang mengendalikan gerai Ramadan untuk menguatkuasakan piawaian yang lebih ketat dalam pemantauan kualiti makanan yang dijual.

    Selain itu, langkah-langkah perlindungan dan penegakan undang-undang perlu diperkenalkan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan kepada pengunjung.

    Kepada semua pihak yang terlibat dalam industri makanan, saya harap agar awda semua memandang serius akan tanggungjawab moral dan etika perniagaan. Kepada para peniaga, jadikanlah teguran ini sebagai satu dorongan untuk meningkatkan standard dan kejujuran dalam perkhidmatan yang awda sediakan.

    Kepada mereka yang terlibat dalam amalan yang tidak bermoral, saya berpesan agar awda berhenti melakukan tindakan yang merugikan dan mempermainkan kepercayaan orang ramai.

    Pelanggan kecewa

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    4 maut diserang gajah liar di India

    NEW DELHI, 28 APRIL - Sekurang-kurangnya empat orang termasuk pegawai perhutanan maut diserang seekor gajah liar di negeri Assam, timur laut india, lapor Xinhua...