Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Sri Lanka hanya bayar hutang lepas 6 bulan

    COLOMBO, 20 MEI – Sri Lanka akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan lagi untuk mula membayar balik hutangnya, kata bank pusat hari ini ketika kerajaan menutup sekolah kerana kekurangan bahan api.

    Gabenor Bank Pusat Sri Lanka, Nandalal Weerasinghe berkata tidak akan ada pembayaran hutang sehingga negara itu dapat menstrukturkan semula hutang luar negaranya yang berjumlah AS$51 bilion.

    “Kami berharap dapat mencapai persetujuan dengan pemiutang kami dalam masa kira-kira enam bulan ini.

    “Pendirian kami sangat jelas. Sehingga mereka datang untuk menyusun semula (perjanjian), kami tidak dapat membayar,” katanya.

    Beliau berkata keganasan perusuh yang meragut sembilan nyawa minggu lalu dan kegagalan kerajaan untuk memuktamadkan menteri kewangan di bawah kabinet baharu boleh menangguhkan rundingan dengan pemiutang dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

    Gabenor berkata rundingan penyelamat dengan IMF sedang diadakan, tetapi perjanjian akhir memerlukan kelulusan menteri kewangan yang masih belum dilantik oleh negara itu.

    Dalam usaha untuk meningkatkan kecairan dolar dalam bank perdagangan, bank pusat itu hari ini melaksanakan peraturan menghalang pegangan wang dolar oleh rakyat Sri Lanka selama lebih daripada dua minggu.

    Undang-undang sedia ada membenarkan rakyat Sri Lanka memegang sehingga AS$15,000 selama tiga bulan sebelum mendepositkan ke bank atau membuat tukaran tunai pada kadar pertukaran rasmi. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...