Sunday, May 12, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Sri Lanka terima pakej kewangan AS$2.9 Bilion

    COLOMBO, 1 SEPT – Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengumumkan satu perjanjian awal hari ini untuk menyediakan Sri Lanka peruntukan AS$2.9 bilion dalam tempoh empat tahun bagi membantu menyelamatkan negara itu daripada krisis ekonomi terburuk.

    Dalam satu kenyataan, pasukan IMF yang melawat Sri Lanka berkata, ia akan berfungsi untuk memulihkan kestabilan kewangan dan makroekonomi, kemampanan hutang serta membuka potensi pertumbuhan negara.

    Pakej itu juga bergantung pada kelulusan daripada pengurusan dan lembaga eksekutif IMF, serta menerima jaminan daripada pemiutang Sri Lanka termasuklah negara seperti China, India dan Jepun, mengenai kemampanan pemulihan hutang.

    “Pelepasan hutang daripada Sri Lanka dan pembiayaan tambahan daripada rakan kongsi pelbagai hala diperlukan untuk membantu memastikan kemampanan hutang dan merapatkan jurang pembiayaan,” menurut kenyataan itu.

    Jumlah hutang asing negara itu berjumlah lebih daripada AS$51 bilion dengan AS$28 bilion perlu dibayar semula menjelang 2028.

    Ketua Misi Sri Lanka untuk IMF, Peter Breuer (dua kanan) bercakap bersebelahan Masahiro Nozaki (dua kiri) semasa sidang media di Colombo kelmarin. – AFP

    Menurut IMF, ekonomi Sri Lanka dijangka menyusut sebanyak 8.7 peratus pada 2022 dengan inflasi meningkat melebihi 60 peratus dan kesannya sudah melanda golongan miskin, yang paling terdedah.

    IMF juga berkata pakej itu akan memberi tumpuan untuk menstabilkan ekonomi, melindungi mata pencarian rakyat serta membantu merangsang pertumbuhan negara.

    Elemen utama termasuklah pembaharuan harga cukai, tenaga utama, meningkatkan perbelanjaan sosial, menambah rizab pertukaran asing dan memperkenalkan rangka kerja undang-undang antirasuah yang lebih kukuh.

    Selasa lalu, Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe berkata perbincangan dengan IMF berjaya mencapai peringkat akhir apabila beliau membentangkan belanjawan sementara yang bertujuan untuk mendapatkan pakej menyelamat.

    Langkah-langkah yang digariskan termasuk menaikkan beberapa cukai, mengurangkan perbelanjaan modal, mengurangkan inflasi dan mengukuhkan program bantuan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jumlah korban banjir di Afghanistan melebihi 330 orang

    KABUL, 12 MEI - Lebih daripada 330 orang telah terkorban akibat hujan ribut  dan banjir kilat yang melanda sebahagian besar wilayah Baghlan, Takhar, Badakhshan,...