Sunday, April 28, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Foster seru All Blacks bangkit semula

    HAMILTON, NEW ZEALAND, 1 SEPT – Jurulatih All Blacks Ian Foster berkata pada hari ini bahawa New Zealand perlu bermain tanpa rasa takut menentang Argentina di Hamilton pada hari Sabtu untuk membalas dendam terhadap kekalahan mereka hujung minggu lalu dan mengelak daripada dimalukan atas kekalahan keempat berturut-turut.

    Foster mengejutkan pengkritik dengan menamakan pemain baharu yang sama namun tewas 25-18 di Christchurch ketika Pumas mencipta sejarah dengan kemenangan pertama mereka ke atas All Blacks di New Zealand.

    Jurulatih Argentina Michael Cheika melakukan empat pertukaran kepada pasukannya, yang masih dilabelkannya sebagai ‘pasukan lemah’, walaupun peroleh kemenangan berturut-turut ke atas Australia dan New Zealand yang membawa mereka mendahului carta Kejohanan Ragbi.

    “Bagi mereka yang mahukan darah, saya rasa kita belum memberikannya bukan?” Foster berkata, menjelaskan dia tidak mahu pemainnya merasa terancam selepas empat kekalahan dalam enam perlawanan pada 2022, termasuk kekalahan siri di tempat sendiri kepada Ireland.

    “Jika awda bermain di dalam ketakutan, awda menyekat pilihan awda, awda menyekat pemikiran awda dan apa yang sebenarnya berlaku ialah awda tidak dapat meneruskan permainan awda,” kata Foster.

    Foster telah merombak bangku simpanannya, mengimbas kembali pengalaman 298 caps melalui hooker Dane Coles, pengunci Brodie Retallick, pengapit Dalton Papali’i dan Beauden Barrett.

    Cheika menggugurkan satu-satunya penjaring Christ-church, pengapit Juan Martin Gonzalez, ke bangku simpanan bersama dengan pemain Matias Alemanno, sayap Lucio Cinti dan pemain scrum Gonzalo Bertranou.

    Penyerang Santiago Grondona dan Matias Alemanno dipanggil semula, bersama bek berpengalaman Tomas Cubelli dan Santiago Cordero. – AFP

    Aksi All Blacks New Zealand (atas) melakukan haka di hadapan pasukan Argentina sebelum perlawanan percubaan Kejuaraan Ragbi di Christchurch, New Zealand, 27 Ogos lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...