Friday, October 11, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    StanChart komited beri ganjaran pelanggan berhemah

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JULAI – Standard Chartered (StanChart) sedang menawarkan promosi Bonus$aver terkini yang bermula dari sekarang hingga akhir September.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart, di sini, tawaran eksklusif itu hanya untuk pelanggan perbankan runcit baharu dan sedia ada, termasuk mereka dalam Business Banking yang mempunyai simpanan tunai yang aktif atau akaun semasa sepanjang tempoh promosi.

    Kempen Bonus$aver menawarkan peluang luar biasa untuk menguatkan simpanan melalui pertambahan Average Monthly Balance (AMB) dalam dana segar.

    Promosi itu menggariskan komitmen bank untuk memberikan ganjaran kepada sikap kewangan berhemah dan memperkasakan pelanggan bagi mencapai matlamat simpanan mereka.

    Sama ada menyimpan untuk aspirasi jangka pendek atau keselamatan kewangan jangka panjang, kempen Bonus$aver menyediakan laluan untuk memaksimumkan pulangan ke atas simpanan.

    Ketua Perbankan Runcit dan Harta, Bank StanChart Brunei, Brenda Low menyatakan perasaan gembira untuk menawarkan Promosi Bonus$aver sebagai satu cara untuk memberikan ganjaran kepada klien yang dihargai serta memberikan insentif kepada mereka untuk lebih menyimpan.

    Inisiatif itu bukan sahaja mengetengahkan dedikasi kepada meningkatkan pengalaman klien, tambahnya, tetapi ia juga mempamerkan usaha berterusan untuk menyokong klien mereka dalam mencapai matlamat kewangan mereka.

    “Kami menggalakkan semua klien kami untuk memanfaatkan sepenuhnya peluang ini bagi memaksimumkan simpanan mereka dan membina sebuah laluan ke arah membangunkan kekayaan mereka,” ujarnya.

    Pelanggan-pelanggan perbankan runcit baharu dan sedia ada adalah digalakkan untuk merebut peluang terhad itu bagi membuka kadar faedah bonus eksklusif dan mengoptimumkan potensi simpanan mereka dengan Promosi Bonus$aver.

    GAMBAR SERAHAN STANDARD CHARTERED
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda