Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Steinmeier bakal dilantik semula presiden Jerman

    BERLIN, 13 FEB – Satu perhimpunan parlimen khas bertemu hari ini untuk memilih presiden Jerman untuk tempoh lima tahun akan datang. Frank-Walter Steinmeier, calon yang telah disokong oleh kebanyakan parti politik utama, berusaha meneruskan penggal kedua sebagai pemimpin negara.

    Presiden akan dipilih oleh perhimpunan khas yang terdiri daripada 736 ahli parlimen dan wakil 16 negeri Jerman.

    Parti Sosial Demokrat, Hijau dan Demokrat Bebas – tiga parti dalam gabungan kerajaan pemerintah Canselor Olaf Scholz – dijangka mempunyai undi majoriti dalam perhimpunan.

    Parti pembangkang terbesar Jerman – Kesatuan Demokratik Kristian dan parti sekutu Bavaria, Kesatuan Sosial Kristian – juga berkata ia akan menyokong pemilihan semula Steinmeier, justeru memberikan pemimpin negara itu kedudukan mantap untuk meneruskan jawatan penggal lima tahun.

    Steinmeier, 66, mengumumkan beliau akan berusaha melanjutkan penggal kedua pada Mei lalu, sebelum pilihan raya parlimen yang membawa kemenangan Scholz sebagai canselor Jerman apabila peluang pemilihannya nampak tipis.

    Presiden berkata beliau ingin memulihkan perpecahan yang diburukkan lagi oleh pandemik koronavirus pada tahun lalu.

    Sebelum menjadi presiden, Steinmeier berkhidmat sebagai menteri luar di bawah Canselor Angela Merkel dan sebelumnya sebagai ketua kakitangan kepada Canselor Gerhard Schroeder.

    Presiden Jerman tidak mempunyai kuasa eksekutif tetapi dianggap memiliki kuasa moral berpengaruh.

    Selepas keputusan pilihan raya parlimen yang teurk pada 2017, Steinmeier membantu ahli politik menubuhkan kerajaan gabungan baharu dan bukannya mengadakan satu pengundian baharu. – AP

    Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier dan isterinya Elke Buedenbender tiba untuk upacara di gereja kelmarin di Gereja St Mary di Berlin, sebelum pemilihan presiden Jerman oleh Konvensyen Persekutuan. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...