Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Haqiem Rusly buat kejutan romantis untuk isteri

    Penyanyi Haqiem Rusly dan isteri, Anis Sofea sentiasa menjadi tumpuan dalam gelanggang media sosial.

    Pada 11 Februari lalu, Anis baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20. Memilih untuk meraikan dalam suasana sederhana, Haqiem, 24, membuat kejutan romantik kepada isteri tercinta.

    Gigih menyiapkan dekorasi, Haqiem menabur putik bunga ros dengan tertera ayat ‘I love you Sofea’. Sedondon mengenakan busana berwarna hitam, pasangan suami isteri muda itu makan malam dengan ditemani cahaya lilin.

    Dalam pada itu, Haqiem dan Anis sempat melayan peminat di siaran IG Live. Menurut pelantun lagu Tergantung Sepi, perancangan asalnya ingin membawa Anis makan di sebuah lokasi di Damansara namun tidak didedahkan nama tempat tersebut.

    Terdahulu, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabillah, Cyberjaya.

    Perkahwinan pasangan itu mencatat rekod untuk tahun 2021 apabila difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan bernilai lebih RM7 juta. – Agensi

    Haqiem memberikan kejutan romantik kepada isteri sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...