Saturday, January 11, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Sub-varian XBB ditemui di Vietnam

    HANOI, 4 JAN – Varian baharu Omicron digelar XBB telah direkodkan di selatan Vietnam, Ho Chi Minh City, media tempatan melaporkan hari ini.

    Sub-varian COVID-19 itu telah dilaporkan pada Disember tahun lalu dan menyumbang sebahagian kecil kes, menurut satu pasukan penyelidikan COVID-19 di Hospital Ho Chi Minh City.

    Pada separuh kedua 2022, bandar selatan itu melaporkan kebanyakannya varian Omicron dan Delta, menurut Agensi Berita Vietnam.

    Menurut laporan itu, situasi COVID-19 di Ho Chi Minh City masih terkawal, menunjukkan peranan vaksin dalam melin-dungi kes-kes yang teruk dan mencegah kematian. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda