Friday, October 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tambah alat permainan khusus ‘si bulus’

    Oleh Amri HTZ –

    Bagi memastikan ‘si bulus’ sentiasa aktif dan terhibur ketika dalam rumah, permainan khusus perlu disediakan agar kucing awda selalu berasa gembira.

    Selain itu, beberapa jenis permainan juga perlu dimiliki agar kucing tidak berasa bosan untuk bermain permainan yang sama.

    Sebagai penambahan alat permainan, projek ini akan membimbing awda untuk membuat sendiri alat cakar daripada PVC dan kayu. (Gambar 1)

    Barangan yang diperlukan

    • Mesin circular saw
    • Mesin gerudi
    • Papan lapis
    • Paip PVC
    • Tali
    • Galas bebola
    • Gam kayu
    • Skru dan paku
    • Mesin jigsaw
    Dowel (1 inci)

    SUKAT DAN POTONG

    Paip PVC berukuran 4 inci akan digunakan dalam projek ini yang memerlukan awda untuk memotongkannya dengan panjang 14 sentimeter. Tandakan kedudukan potongan menggunakan pen dan pita pengukur. Potong paip menggunakan gergaji besi. (Gambar 2)

    Bagi membolehkan paip PVC berputar dengan mudah ketika kucing bermain dengannya nanti, bahagian tengah paip akan ditempatkan dengan rod berulir bersama galas bebola yang terpasang pada penutup PVC terbuat daripada kayu. Terlebih dahulu reka penutup paip menggunakan papan lapis berdiameter 4” sesuai ukuran dalaman paip (dua potongan). (Gambar 3)

    Gambar 1. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 2. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 3. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 4. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 5. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 6. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 7. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 8. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 9. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 10. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 11. – Gambar oleh Mikeandmertle
    Gambar 12. – Gambar oleh Mikeandmertle

    Selain penutup untuk kedua-dua bahagian hujung paip, dua keping papan lapis berketebalan sama dan berbentuk bulat juga akan dipotongkan yang kemudiannya dicantumkan dengan penutup paip sebelumnya. Papan lapis berdiameter 4 ¼” perlu dipotong yang lebih besar daripada penutup paip berfungsi sebagai pengadang gulungan tali agar tidak terkeluar daripada tempatnya. (Gambar 4)

    Kedua-dua bahagian papan lapis yang telah dicantumkan menggunakan gam kayu kini boleh ditempatkan pada bahagian hujung paip. Sebelum mengekalkannya menggunakan paku kecil, terlebih dahulu masukkan hujung tali pada bahagian dalam paip. (Gambar 5)

    Dalam memastikan tali yang ditempatkan tidak menyebabkan penutup paip terlalu ketat untuk dimasukkan, tebuk sedikit bahagian hujung paip berfungsi sebagai laluan untuknya.

    Dengan bahagian hujung tali telah ditempatkan, masukkan penutup paip dan kekalkan kedudukannya menggunakan paku kecil. (Gambar 6)

    GULUNG TALI DENGAN KETAT, RAPAT

    Dengan bahagian penutup paip yang telah ditempatkan, kini awda hanya perlu menggulung tali pada luaran paip secara ketat dan rapat. Sebagai salah satu cara untuk mengekalkan kedudukannya agar tidak mudah bergerak, sapukan gam silikon atau glue gun semasa proses menggulungnya. (Gambar 7)

    Bagi badan rekaan, papan lapis akan dipotongkan dengan bentuk segi tiga bersudut tegak. Papan lapis dengan panjang 40 sentimeter dengan sudut hujung berukuran 5” dan ½”. Dua batang dowel berukuran 1” juga diperlukan untuk mencantumkan kedua-dua keping papan lapis untuk bahagian badan rekaan yang mempunyai panjang 16 sentimeter. (Gambar 8)

    Setelah memotongkan papan untuk bahagian badan rekaan, bahagian hujungnya yang mempunyai ketinggian 5” akan ditebuk bahagian tengahnya dengan lubang untuk menempatkan rod berulir bagi paip PVC. Selain itu bulatkan sudut papan menggunakan kertas pasir berfungsi sebagai keselamatan. (Gambar 9)

    PENTINGNYA PERUANG MELANCARKAN PUTARAN PVC

    Untuk membolehkan PVC berputar dengan mudah dan lancar, sebelum menempatkan PVC pada badan rekaan, peruang akan ditempatkan yang diperbuat daripada paip tembaga.

    Dua bahagian paip dengan ukuran 1 sentimeter diperlukan dan akan dimasukkan ke dalam paip berulir khusus PVC. (Gambar 10)

    Apabila kesemua bahagian tersedia, kini awda hanya perlu mencantumkannya menjadi satu menggunakan skru dan paku. Bagi bahagian PVC, pastikan peruang ditempatkan pada kiri dan kanannya. Pastikan nat yang masukkan tidak terlalu ketat bagi membolehkan paip PVC berputar dengan lancar. Ini diikuti dengan mencantumkan dua batang dowel yang dipotongkan sebelumnya pada bahagian bawah (depan dan belakang) badan rekaan. (Gambar 11)

    Langkah terakhir ialah menutupi ruang terdedah bahagian atas rekaan menggunakan papan lapis, ukur panjang diperlukan dengan lebar sesuai dengan dowel digunakan. Bagi memastikan bahagian tersebut juga boleh dimanfaatkan, gulung tali yang sama pada permukaannya sebelum menetapkannya secara kekal pada rekaan. Dengan langkah terakhir ini, kini tinggal awda memikat ‘si bulus’ untuk menggunakan rekaan tersebut bagi masa bermainnya. (Gambar 12)

    Tip rekaan

    • Galas bebola yang akan ditempatkan pada bahagian tengah kayu penutup PVC memerlukan awda untuk menebuk ruang yang berdiameter kecil sedikit berbanding galas bebola digunakan dalam memastikan ia benar-benar ketat ketika dimasukkan.

    • Penggunaan tali sisal amat disarankan memandangkan ia terbuat daripada bahan alami.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda