Wednesday, May 15, 2024
24 C
Brunei

    -

    Tempoh kuarantin sama bagi semua kes positif

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Dalam menangani kes-kes positif sama ada mereka yang telah mengambil vaksinasi mahupun yang belum mengambil vaksinasi, Kementerian Kesihatan tidak membezakan tempoh pengasingan untuk kes positif berkenaan.

    Kesemua mereka yang dijangkiti dan disahkan positif COVID-19 masih perlu mengasingkan diri dan pada hari yang kelima dan keenam tempoh pengasingan itu, mereka diarahkan untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dan jika keputusan ujian saringan tersebut kedua-duanya menunjukkan keputusan negatif COVID-19, maka mereka akan dibenarkan keluar.

    Sekiranya keputusan ujian saringan COVID-19 yang dilakukan pada hari keenam menunjukkan keputusan yang positif, maka mereka akan diarahkan untuk meneruskan tempoh kuarantin sehinggalah ke hari yang ke-10 sama ada mereka itu telah menerima vaksinasi mahupun belum menerima vaksinasi COVID-19.

    Perkara tersebut adalah antara yang dijelaskan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan yang berlangsung pada petang tadi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hospital di India terima ancaman bom

    NEW DELHI, 14 MEI – Beberapa buah hospital di Ibu Kota India, Delhi hari ini menerima panggilan ancaman bom, memaksa pihak pentadbiran untuk menghubungi...