Thursday, September 19, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tentera udara Thailand pilih jet pejuang Gripen ganti F-16

    BANGKOK, 28 OGOS – Thailand mahu memperbaharui armada pesawat tempurnya dengan jet pejuang Gripen, kata tentera udara, mengutamakan pesawat buatan Sweden itu berbanding F-16 Amerika.

    Sebuah jawatankuasa perolehan menimbang pilihan itu selama 10 bulan sebelum memutuskan JAS 39 Gripen E/F adalah yang paling sesuai, kata Tentera Udara Diraja Thailand dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kelmarin.

    “Kami telah mempertimbangkan pembelian ini dengan berhati-hati supaya kami dapat memanfaatkan sepenuhnya untuk mempertahankan negara kami sekurang-kurangnya 30 tahun lagi,” katanya.

    Gripen itu ‘boleh bertindak balas tehadap prinsip strategik tentera udara Thailand dan bekerjasama dengan pasukan keselamatan lain,’ tambah kenyataan itu.

    Pesawat terbaharu Lockheed Martin, F-16 masih dalam pertimbangan, dengan keputusan muktamad bergantung pada kerajaan Thailand.

    Jet Gripens itu akan menggantikan jet F-16 A/B yang dibeli pada akhir 1980an.

    Tiada butiran diberikan tentang berapa banyak Gripens yang mungkin dibeli Thailand, tetapi laporan-laporan dalam saluran media pertahanan pakar awal tahun ini mencadangkan kerajaan itu berhasrat membeli kira-kira 12. – AFP

    Sebuah jet pejuang Tentera Udara Sweden, Saab JAS 39 Gripen mengambil bahagian dalam misi Tentera Udara NATO, di ruang udara berdaulat ahli perikatan itu pada 4 Julai 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda