Thursday, September 19, 2024
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Terikut-ikut trend pelik, Baim Wong dituduh tak sayang anak

    Pelakon Indonesia, Baim Wong sering mendapat perhatian ramai menerusi konten video yang dimuat naik olehnya di media sosial.

    Terbaru, Baim, 43, berkongsi video gelagat keluarganya melakukan trend memecahkan telur pada dahi seperti yang dibuat oleh para ibu bapa di luar negara.

    Pelakon itu merakam reaksi anak-anak lelakinya iaitu Kiano, 4, dan Kenzo, 2, ketika telur dipecahkan di dahi mereka.

    Memetik laporan mStar, tujuan video itu dibuat adalah untuk membezakan reaksi setiap anak berdasarkan zodiak kelahiran masing-masing.

    Dalam video tersebut, Kiano menunjukkan reaksi santai ketika telur tersebut tidak pecah manakala Kenzo pula mengerang kesakitan.

    Warganet beranggapan gurauan Baim boleh membahayakan anak-anaknya. – mStar

    Bagaimanapun, video tersebut menerima kritikan warganet apabila Baim dilabel sebagai bapa yang tidak bertanggungjawab.

    Warganet berpendapat tindakan Baim dilihat tidak lucu malah, membahayakan anak-anaknya.

    “Kalau putih telur itu terkena mata, boleh datangkan bahaya…beragak sikit walaupun bergurau.

    “Tak kelakar tindakan itu, kasihan anak-anak dia…boleh terkena bakteria yang ada dalam telur,” komen warganet.

    Untuk rekod, Kiano dan Kenzo merupakan cahaya mata hasil perkahwinan Baim dan Paula Verhoeven, 37, sejak 2018. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda