Thursday, November 28, 2024
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Termakan keropok beracun: Dua beradik masih tidak sedarkan diri

    GEORGE TOWN, 9 JULAI – Dua beradik yang kritikal selepas makan keropok dipercayai mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar di Kulim, Kedah pada Ahad lepas masih belum sedarkan diri dan kritikal setakat ini.

    Kedua-dua beradik Muhammad Akil Syauqi Nur Sufian, 3, dan Muhammad Luth Syauqi, 2, dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini.

    Ibu mereka Nurain Hasnorizal, 25, berkata anak sulungnya Muhammad Akil Syauqi langsung tiada tindak balas badan dan paling kritikal berbanding adiknya dengan kedua-duanya masih koma.

    “Menurut doktor yang merawat, abang paling kritikal dan sehingga sekarang masih tiada tindak balas badan langsung, manakala adik pula tekanan darah ‘ok’, kedua-duanya masih koma sekarang dan saya mohon doa semua untuk anak-anak saya.

    “Doktor sedang berusaha sebaik mungkin, doktor sedang beri beberapa jenis ubat termasuk antibiotik, cuma sampai hari ini kedua-duanya masih belum sedar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HPP, di sini hari ini.

    Semalam dilaporkan dua beradik lelaki kritikal selepas dipercayai termakan keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi di Kulim dan Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Mohd Azizul Mohd Khairi berkata ibu kepada dua beradik itu menyedari kejadian pada 11 pagi selepas anak-anaknya muntah dan mengalami mulut berbuih. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda