Thursday, May 2, 2024
24 C
Brunei

    -

    Thai berdepan p’raya awal, perpecahan ketara

    BANGKOK, 17 MAC – Perdana Menteri Thailand yang tertekan akan mengadakan rundingan dengan ketua parti pakatan memerintahnya hari ini ketika beliau cuba mengawal perpecahan semakin ketara yang boleh membawa kepada pilihan raya awal tahun ini.

    Prayut Chan-O-Cha mengetuai parti pakatan besar, berdepan kritikan kerana salah urus COVID-19, ekonomi pandemik yang masih bergolak dan ketegangan meningkat ke atas bantahan pro-demokrasi besar-besaran 2021 yang mendominasi dalam masa 12 bulan kebelakangan ini.

    Atmosfera pergolakan politik di negara ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu menyaksikan pembangkang yang lemah, semakin mendesak perdana menteri itu berundur, menyeru bagi perdebatan tidak yakin apabila parlimen bersambung dalam Mei kelak.

    Dan pada Isnin, pernah menjadi mentor Prayut, Timbalan Perdana Menteri Prawit Wongsuwan mengatakan pilihan raya awal mungkin diadakan selepas Thailand menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November.

    Meskipun timbalan perdana menteri tiada kuasa menetapkan tarikh sebenar pilihan raya diadakan, ia merupakan indikasi pertama kerajaan mengenai tarikh pilihan raya kebangsaan – beberapa bulan menjelang penamatan penggal Prayut pada Mac 2023.

    Bercakap selepas kenyataan timbalannya itu, Prayut enggan memberi komen mengenai kemungkinan tarikh pilihan raya. – AFP

    Gambar fail Prayut bersama kepimpinan tinggi ketenteraan. -AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Ancaman bom palsu cetus panik di 100 sekolah India

    NEW DELHI, 1 MEI - Ancaman bom palsu telah mencetuskan panik di sekolah di ibu negara India pada pagi tadi dengan ibu bapa bergegas membawa...