Thursday, May 2, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Thailand lancar kempen promosi pelancongan

    BANGKOK, 13 JAN – Pihak berkuasa pelancongan Thailand kelmarin mengumumkan pelan tahunannya untuk meningkatkan ekonomi melalui aktiviti pelancongan yang dipertingkatkan dan berasaskan pengalaman.

    Bertema ‘Era Baharu yang Menakjubkan’, kempen baharu itu menyasarkan penyambungan semula sepenuhnya aktiviti pelancongan Thailand tahun ini yang dijangka menjana kira-kira 2.38 trilion baht (kira-kira AS$71.12 bilion), atau 80 peratus daripada tahap prapandemik, lapor Xinhua memetik Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand (TAT), Yuthasak Supasorn pada sidang akhbar.

    Pencapaian melepasi matlamat pelancongan tahun lepas dengan ketibaan 11.8 juta pelawat asing dan 189 juta perjalanan domestik mencerminkan petanda yang sangat positif untuk pemulihan industri pelancongan, kata Yuthasak. – Bernama

    – Thailand dijangka menerima kira-kira 25 juta ketibaan antarabangsa tahun ini dengan pelancong China menyumbang 5 juta daripadanya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36

    GUANGZHOU, 2 MEI - Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan,...