Saturday, January 18, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand tingkat keselamatan tangani jenayah rentas sempadan

    BANGKOK, 17 JAN – Thailand hari ini cuba meredakan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelancong China susulan laporan penculikan yang dikatakan berlaku di sempadan Thailand-Myanmar.

    Kawasan penipuan siber yang dikendalikan oleh sindiket telah berkembang di kawasan sempadan Myanmar, melibatkan pekerja asing yang sering menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan dipaksa bekerja dalam penipuan besar-besaran.

    Penganalisis menganggarkan industri itu bernilai berbilion dolar.

    Pegawai kanan polis Thailand, Pittayakorn Petcharat, memberitahu AFP bahawa dia menerima laporan Yang telah ‘kembali ke China dari Myanmar’ kelmarin, tetapi tidak memberikan maklumat lanjut.

    Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra hari ini berkata kerajaan akan meningkatkan standard keselamatan bagi menangani jenayah rentas sempadan, termasuk laporan mengenai pemerdagangan organ haram, penipuan pusat panggilan dan zero-dollar tours.

    “Walaupun insiden seperti ini bukan disebabkan oleh warga Thailand, ia telah menimbulkan kebimbangan keselamatan dalam kalangan pelancong China,” katanya dalam satu hantaran di platform X, sambil menambah bahawa beliau mengalu-alukan semua pelancong China untuk meraikan Tahun Baharu Cina di Thailand. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda