Saturday, October 5, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga kanak-kanak maut, dua cedera dalam kebakaran

    MANILA, 5 JULAI – Tragedi kebakaran yang berlaku pada malam kelmarin di sebuah rumah di wilayah Iloilo, Filipina Tengah, telah meragut nyawa tiga kanak-kanak berusia satu, empat, dan lima tahun.

    Dua kanak-kanak yang lain mengalami kecederaan dalam insiden yang sama.

    Pegawai bomba yang bertugas mengesahkan bahawa ketika kebakaran itu berlaku, ibu bapa kanak-kanak terbabit tidak berada di rumah kerana menghadiri majlis tahlil.

    Kebakaran tersebut bermula di rumah keluarga tersebut yang terletak di pekan Maasin sekitar jam 10 malam waktu tempatan.

    Dua kanak-kanak yang cedera, berusia lapan dan 12 tahun, kini sedang dirawat di hospital tempatan akibat luka bakar yang dialami.

    Menurut kenyataan pihak bomba, kebakaran itu dipercayai bermula dari api unggun yang sengaja dibuat berdekatan rumah untuk menghalau nyamuk, satu amalan biasa di kawasan pedalaman di Filipina. Api itu kemudian merebak dengan cepat dan mencetuskan kebakaran besar kerana rumah tersebut dibina daripada bahan-bahan yang mudah terbakar. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda