Friday, May 17, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Tiga kedai roti di Gaza kembali beroperasi

    TEL AVIV, 15 APRIL – Tiga kedai roti di Bandar Gaza kembali beroperasi kelmarin dengan bantuan Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

    Menurut laporan saksi, ribuan orang hadir untuk membeli makanan sejurus selepas pengumuman dibuat bahawa roti akan dijual di kedai roti itu, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Serangan udara Israel telah memusnahkan banyak kedai roti di bandar itu dan menurut sumber Palestin, WFP kini telah membekalkan gas dan membaiki mesin membuat roti untuk membolehkan pembakaran roti disambung semula.

    Pegawai Palestin berkata terdapat kira-kira 140 kedai roti di Semenanjung Gaza yang membekalkan majoriti penduduk dengan roti.

    Israel berdepan tekanan antarabangsa yang semakin meningkat untuk membenarkan lebih banyak bekalan bantuan kemanusiaan masuk ke semenanjung yang disekat itu.

    Pertubuhan bantuan menggambarkan situasi itu sebagai kritikal dan mengatakan lebih daripada sejuta orang berisiko mengalami kebuluran. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Adik perempuan Kim nafi Korea Utara telah membekalkan senjata kepada Rusia

    PYONGYANG, 17 MEI - Adik perempuan berpengaruh pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sekali lagi menafikan hari ini bahawa negaranya telah mengeksport sebarang senjata...