Monday, September 30, 2024
33.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Twitter mula padam akaun tidak aktif’

    WASHINGTON, 9 MEI – Twitter sedang dalam proses memadam akaun lama yang terbiar selama beberapa tahun, kata pemiliknya, Elon Musk, kelmarin.

    “Kami sedang memadam akaun yang tidak mempunyai aktiviti langsung selama beberapa tahun, jadi awda mungkin akan melihat penurunan bilangan pengikut,” lapor agensi Anadolu memetik ciapan Musk.

    Kriteria untuk menentukan pembersihan akaun pengguna bagaimanapun masih tidak jelas.

    Dasar akaun tidak aktif Twitter mengatakan pengguna harus log masuk sekurang-kurangnya sekali setiap 30 hari, namun tidak jelas sama ada ia adalah dasar yang akan digunakan oleh syarikat itu menentukan sama ada akaun akan dipadamkan.

    Keputusan Musk untuk melupuskan akaun yang tidak aktif dibuat ketika beliau menerajui Twitter memasuki bulan ketujuh selepas membeli syarikat itu dengan harga AS$44 bilion pada Oktober lepas. – Bernama

    Aplikasi Twitter dilihat pada peranti digital, 25 April 2022, di San Diego. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda