Friday, May 17, 2024
27.7 C
Brunei

    -

    Uber caj berlebihan diarah bayar pampasan berjuta

    WASHINGTON, 19 JULAI – Uber akan membayar jutaan dolar kerana mengenakan bayaran berlebihan kepada penumpang kelainan upaya dan akan mengubah suai dasar masa menunggunya bagi mengelak berlakunya diskriminasi pada masa depan, umum Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

    Syarikat perkongsian perjalanan itu mencapai penyelesaian dengan kerajaan selepas pegawai persekutuan menuduhnya melanggar Akta Orang Kelainan Upaya (OKU) Amerika, umum pegawai jabatan kehakiman.

    Menurut laporan United Press International (UPI), di bawah perjanjian itu, Uber dikehendaki membayar beberapa juta dolar pampasan kepada lebih 65,000 penumpang OKU yang dikenakan bayaran masa menunggu, yang biasanya kurang daripada satu dolar, kerana mereka mengambil masa yang lebih lama untuk menaiki kenderaan.

    Golongan OKU tidak seharusnya dilayan seperti rakyat kelas kedua atau dihukum kerana ketidakupayaan mereka, seperti yang dikenakan oleh dasar bayaran masa menunggu Uber, kata Penolong Peguam Negara AS, Kristen Clarke. Perjanjian itu menghantar mesej yang jelas bahawa Uber dan syarikat perkongsian perjalanan lain akan bertanggungjawab jika perkhidmatan mereka mendiskriminasi golongan OKU, tambah kenyataan itu.

    Jabatan Kehakiman memfailkan tuntutan mahkamah tahun lalu di California yang menyatakan amalan Uber mengenakan bayaran masa menunggu, bermula dua minit selepas pemandu Uber tiba di lokasi mengambil penumpang dan berhenti apabila perjalanan bermula, mendiskriminasi mereka yang menggunakan kerusi roda atau peranti pergerakan lain. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Keganasan semakin menjadi di New Caledonia

    NOUMEA, 17 MEI - Keganasan berlaku di seluruh New Caledonia untuk hari ketiga berturut-turut kelmarin, beberapa jam selepas Perancis mengenakan keadaan darurat di wilayah...