Wednesday, May 1, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    UNISSA sertai persidangan KAIB XIII di Sarawak

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Bagi menyemarakkan penyebaran ilmu dan berkongsi hasil kajian di Kepulauan Borneo, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah ikut serta dalam Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB XIII) di Kuching, Sarawak, Malaysia, baru-baru ini.

    Rombongan UNISSA ke KAIB XIII yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 7 dan 8 September lalu itu telah diketuai oleh Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.

    Hadir semasa majlis perasmian KAIB XIII ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (Utiliti), Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU), Tuan Yang Terutama Datuk Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Junaidi sebagai wakil Ketua Menteri Sarawak, Tuan Yang Terutama Tan Sri Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

    Dengan tema ‘Peranan dan Sumbangan Institusi Islam’, persidangan berkenaan memuatkan sebanyak 68 kertas kerja termasuk lima kertas utama.

    Turut membentangkan kertas kerja selaku pembentang utama dalam persidangan tersebut ialah Pengarah Pusat Penyelidikan Halalan Tayyiban, UNISSA, Pengiran Dr Hajah Norkhairiah binti Pengiran Haji Hashim; dan Pengerusi Persatuan Halal Korea (KOHAS), Korea, Saifullah JO, Young-Chan.

    Di samping itu, lawatan muhibah ke beberapa institusi termasuk Jabatan Agama Islam Sarawak, Muzium Budaya Borneo, Makmal Halal, Pusat Pengembangan dan Penyelidikan Islam Borneo, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarawak oleh 14 orang pembentang UNISSA diharap dapat meluaskan bidang kerjasama. KAIB merupakan wacana ilmiah dalam mengembangkan penyelidikan Islam di Kepulauan Borneo.

    Dr Haji Norarfan ketika menghadiri Konferensi Antarabangsa Islam Borneo (KAIB XIII) di Kuching, Sarawak. – Gambar serahan UNISSA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...