Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Wakaf perlu miliki akta tersendiri

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 MAC – Pengurusan wakaf mempunyai perundangannya yang termasuk dalam undang-undang Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), tetapi undang-undang itu perlu dikemaskinikan dalam erti kata, wakaf hendaklah mempunyai undang-undangnya tersendiri atau aktanya tersendiri.

    Ke arah itu, Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman memaklumkan bahawa penggubalannya sedang dijalankan dan sudah di peringkat akhir dan Insya-Allah akan disiapkan pada tahun ini.

    Undang-undang akta itu akan memasukkan perancangan untuk melaksanakan dalam erti kata yang tersusun, sesuai dan berkesan dengan hasrat untuk menjadikannya sebagai satu pemangkin dalam pembangunan, infrastruktur dan lain-lain.

    Yang Berhormat Pehin menjelaskan perkara itu semasa mengulas persoalan mengenai pengurusan zakat yang dibangkitkan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pengiran Haji Ali bin Pengiran Maon semasa permesyuaratan MMN, hari ini.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama seterusnya menjelaskan, wakaf akan ditadbir urus oleh pentadbiran yang boleh mencapai hajat wakaf yang sebenarnya.

    Sementara itu, mengulas mengenai e-Buku bagi pembelajaran agama dalam talian yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Awang Naim bin Haji Kamis, Yang Berhormat Pehin memaklumkan bahawa Jabatan Pengajian Islam (JPI) sedang giat menjalankan pembelajaran secara digital sesuai dengan hala tuju ke arah mempertingkatkan penggunaan digital.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...