Thursday, December 5, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wani Kayrie tolak watak perampas

    Demi menjaga imej dan nama baik keluarga, pelakon dan penyanyi, Wani Kayrie tidak akan menerima sebarang watak sebagai penyondol meskipun hanya sekadar lakonan.

    Wani atau Syazwani Abdullah, 24, berkata, dia tidak mahu membawa sebarang watak yang boleh memberikan kesan negatif kepada penonton.

    Kata Wani, biarpun namanya mungkin melonjak dengan karakter perampas namun artis kelahiran Sabah ini teguh dengan pendiriannya.

    “Saya menolak watak-watak sedemikian kerana ingin menjaga imej dan penampilan diri.

    Selain itu, saya juga perlu menjaga nama baik keluarga sebab mak selalu pesan jaga diri.

    “Walaupun ia akan memberi impak kepada lakonan saya jika membawakan watak dengan baik tetapi saya tak rasa selesa.

    “Saya tak selesa bawa apa-apa watak yang boleh beri kesan negatif kepada penonton dan nama baik keluarga juga perlu saya jaga,” katanya kepada mStar.

    Dalam pada itu, Wani memberitahu dia sudah beberapa kali menolak tawaran watak perampas dan sangat tegas mengenainya.

    Kata Wani, dia tidak akan menerima tawaran berlakon secara membuta tuli selain memilih peranan sesuai dengan dirinya. – Agensi

    Wani tegas dengan pendirian tidak membawakan watak negatif dalam lakonan. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda