Saturday, October 5, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wembanyama harapan NBA Perancis

    PARIS, 5 JULAI – Victor Wembanyama mencuri tumpuan dengan menjaringkan dunk ketika Perancis membuka persiapan untuk memburu pingat emas bola keranjang lelaki di Sukan Olimpik Paris.

    Pemain baharu terbaik NBA dilihat gembira selepas menjaringkan dunk dengan kedua-dua tangannya semasa mendahului 96-46 ke atas Turkiye kelmarin.

    Dia kelihatan menyerlah apabila dia menjaringkan 24 mata tertinggi permainan dan meraih enam rebound di hadapan 5,500 penonton di Rouen.

    Ia merupakan pemanasan badan yang pertama daripada enam perlawanan untuk Perancis sebagai persediaan bagi 11 perlawanan pada 26 Julai hingga Ogos nanti.

    “Victor mempamerkan aksi permainannya tersendiri. Dia hebat dalam pertahanan dan juga serangan.

    Victor Wembanyama (tengah), membuat jaringan di hadapan penyerang GG Jackson pada separuh masa pertama permainan bola keranjang NBA pada 9 April di Memphis, Tennessee. – AP

    Ia sesuatu yang tidak pernah kami ketahui sebelum ini dalam pasukan Perancis,” kata kapten, Nicolas Batum. “Dia adalah aset yang hebat untuk kami, yang boleh kami gunakan dalam banyak situasi.”

    Bintang San Antonio Spurs berusia 20 tahun itu juga bergabungan dengan baik bersama pemain tengah veteran

    Minnesota Timberwolves, Rudy Gobert, dalam aksi pertama mereka bersama untuk Perancis.

    Gobert yang berusia 32 tahun dinobatkan sebagai Pemain Pertahanan Terbaik NBA untuk kali keempat yang mencatat rekod, dengan Wembanyama berada di tempat kedua dalam undian.

    “Masih ada kerja yang perlu dilakukan,” kata Batum, dengan memberi tumpuan untuk Sukan Olimpik. “Tetapi apabila awda mempunyai dua orang hebat (Wembanyama dan Gobert), ia banyak membantu.”

    Di samping itu, terdapat juga beberapa pemain pertahanan baharu yang mengagumkan daripada Washington Wizards, Bilal Coulibaly. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda