Sunday, October 6, 2024
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Wout Weghorst selamatkan Belanda Euro 2024

    BERLIN, 7 JULAI – Setelah ketinggalan gol pada separuh masa pertama dalam suku akhir Euro 2024 menentang Turkiye, Belanda memasukkan penyerang setinggi 1.97 meter, Wout Weghorst untuk selamatkan keadaan.

    Weghorst membongkar pertahanan Turkiye yang kental ketika larian dan ketinggiannya memberikan serangan Belanda yang sedang kecewa sebelumnya sebagai jalan keluar baharu.

    Weghorst hampir menjaringkan gol sebelum Stefan De Vrij menyamakan kedudukan pada minit ke-70, enam minit sebelum Cody Gakpo memaksa Mert Muldur menjaring gol sendiri.

    Kemenangan 2-1 Belanda membolehkan pasukan itu mara ke separuh akhir bertemu England.

    “Setiap pemain penyerang dalam skuad kami mempunyai kualiti yang berbeza,” kata Gapko. “Tetapi dalam permainan ini, saya fikir apabila kami mahu bermain lebih oportunis sedikit dan kemudian, anda tahu anda boleh membawa Wout kerana dia tinggi, dia bagus di udara, dia bertarung untuk setiap bola yang berada dalam kotak penalti.”

    Jurulatih Belanda, Ronald Koeman memasukkan Weghorst pada awal separuh masa kedua apabila pasukannya ketinggalan 1-0 dengan tandukan Samet Akaydin pada minit ke-35.

    “Kami menghasilkan beberapa hantaran lintang yang bagus dan kemudian anda lihat, pasukan Turkiye bermain di bawah lebih sedikit supaya kami boleh bermain dengan lebih baik. Mungkin itu kunci hari ini. Saya sangat gembira bahawa Wout boleh menjadi Wout hari ini,” kata Gapko.

    “Dia mimpi ngeri untuk ditentang. Anda tahu, dia kuat, dia mengganggu dalam kotak penalti dan dia berjuang untuk segala-galanya. Dia mengejar segala-galanya. Jadi, bagi kami, dia adalah aset yang hebat,” kata Nathan Aké, pemain pertahanan Belanda terhadap Wout.

    Weghorst telah bermain dalam lima perlawanan untuk Belanda pada Euro 2024 dengan semuanya sebagai pemain gantian tetapi tidak bermain lebih lama daripada dia bermain menentang Turkiye.

    Koeman mungkin berminat untuk memasukkan penyerang berusia 31 tahun itu awal apabila menentang England di Dortmund pada Rabu nanti. – AP

    Reaksi Wout Weghorst dari Belanda, meraikan gol sendiri oleh pemain Turkiye, Mert Muldur semasa perlawanan suku akhir Euro 2 di Berlin, Jerman kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda