Saturday, May 11, 2024
31.6 C
Brunei

    -

    Rakyat Itali mula mengundi

    ROM, 25 SEPT – Rakyat Itali mula mengundi dalam pilihan raya hari ini yang dijangka membawa kepada pembentukan kerajaan pertama negara itu sejak Perang Dunia II yang dipimpin oleh sayap kanan.

    Parti Brothers of Italy, diketuai Giorgia Meloni, mengungguli tinjauan umum dan kelihatan bersedia untuk memegang jawatan menerusi gabungan dengan Liga sayap kanan lain serta parti Forza Italia pimpinan Silvio Berlusconi.

    Meloni, 45, yang berkempen dengan motonya ‘Tuhan, Negara dan Keluarga’, berharap untuk menjadi Perdana Menteri wanita pertama Itali.

    Undian bermula jam 7 pagi dan ditutup jam 11 malam dengan pengundi dilihat sudah mula beratur pada waktu pagi di pusat mengundi biarpun ia masih belum dibuka. – AFP

    Giorgia Meloni. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bekas PM Fiji dipenjara salah guna kuasa

    SUVA, FIJI, 10 MEI - Bekas Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama, dijatuhi hukuman penjara selama setahun hari ini atas kesalahan menghalang proses keadilan selepas...