Saturday, April 27, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Acara tampil trend kecantikan terkini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Kedai kecantikan dan kecergasan, Guardian kelmarin melancarkan acara yang berlangsung sehingga hari ini, Beauty Around the World Concourse yang terbuka kepada orang ramai di The Mall, Gadong.

    Hadir merasmikan acara itu ialah Ketua Guardian Brunei, Jennifer Yang. Ia turut dihadiri oleh warga pengurusan Guardian, pengamal media tempatan dan orang ramai.

    Acara bermatlamat menyalurkan maklumat trend kecantikan dan gaya hidup terkini dari seluruh dunia bermula dari Perancis, Jepun sehinggalah Korea kepada pelanggan di negara ini.

    Ia diserikan dengan pelbagai kegiatan sesuai untuk seisi keluarga dan orang ramai, dengan tumpuan bukan sahaja untuk kecantikan luaran malahan dalaman juga. Antara aktiviti sepanjang acara ialah permainan, tutorial dan demonstrasi dengan peluang memenangi pelbagai hadiah produk kosmetik, penjagaan kulit dan kesihatan.

    Tutorial solekan telah ditunjukkan oleh Duta Brunei untuk Beauty Around the World Concourse, Bash Harry dengan menampilkan solekan inspirasi tahun 50an disediakan oleh jenama solekan Artdeco pada hari pertama manakala pada hari kedua, beliau mencipta semula pakaian semula jadi menggunakan produk Silky Girl.

    Manakala salah seorang pempengaruh tempatan turut membuat kemunculan dengan kerjasama XNDO dan menceritakan pengalaman peribadinya menggunakan produk Guardian dan impak terhadap kesihatannya.

    Pada acara itu, Guardian turut menawarkan promosi istimewa dengan pelanggan berpeluang menerima hadiah misteri bagi setiap pembelian minimum $20 untuk pelanggan yang hadir pada 25 September dari jam 10 pagi hingga 12 tengah hari.

    Jennifer Yang bergambar bersama pemenang pertandingan media sosial yang dianjurkan Guardian.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    3 konsistensi Beijing dalam hubungan China, AS

    BEIJING, 26 APRIL - Menteri Luar China, Wang Yi mengulangi pendirian Beijing mengekalkan tiga konsistensi dalam mengendalikan hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) hari ini. Wang...