Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    1 korban letupan kereta api

    LAHORE, PAKISTAN, 16 FEB – Satu letupan kuat berlaku dalam kereta api penumpang yang sedang bergerak telah mengorbankan seorang dan mencederakan lapan yang lain di timur Pakistan hari ini, kata polis dan jurucakap kereta api.

    Ketua Polis Daerah Mian Mahboob berkata, letupan berlaku di Chichawatni, sebuah daerah di wilayah timur Punjab.

    Beliau berkata pegawai berusaha untuk menentukan sama ada ia adalah bom atau sesuatu yang lain yang menyebabkan letupan semasa kereta api itu bergerak antara Quetta, ibu kota wilayah barat daya Baluchistan, ke bandar barat laut Peshawar.

    Babar Ali Raza, jurucakap Pakistan Railways, juga berkata terdapat letupan pada kereta api penumpang Jaafer Express, tetapi pakar masih memastikan butiran lanjut. Beliau berkata mangsa yang maut dan cedera telah dibawa ke hospital berdekatan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda